Ah dah lama tak conteng-conteng dekat sini. Rindu perasaan yang pernah ada bila menulis di sini.
Hidup ni bosan kalau tak pernah buat silap.
Kenapa tetiba aku tulis macam tu? Sebab Adibah Noor cakap macam tu dalam cerita yang aku tengah tengok sambil taip ni. Tapi betullah tu apa yang Adibah Noor cakap. Kalau tak kerana kesilapan, tak ada manusia boleh belajar buat keputusan yang lebih baik.
By the way cerita tu tajuk dia Projekpop. Tak se-best yang aku bajetkan. Ke memang scene indie sekarang dah tak se-best dulu? Or cerita ni terlalu mencuba sangat jadi 'indie' sampai end up jadi poyo?
Sekarang itu bukan isu aku.
Aku ada baki cuti lebih kurang seminggu. Aku nak habiskan baki buku Fixi yang tak sempat habis baca daripada hari tu pun entah sempat ke tak. Masa memang pedengki dengan manusia.
Manusia tak pernah cukup dengan 24 jam sehari. Kalau masa boleh di jual-beli memang dah lama masa tu sold out macam tu je.
No comments:
Post a Comment