Sabtu, 07 November 2009

Ubi rebus


Makin lama makin terbiar pula blog ni.Ni pun nasib baik aku tak boleh tidur sebab perut meragam.Argh agaknya musim hujan macam ni lah jadinya.Perut kerja nak lapar saja memanjang.Lapar tu tak ada hal lah.Tapi apa hal pulak asyik nak kentut je daripada tadi.Gila kamikaze perut aku ni, berani cari pasal dengan lady boss dia ni.

Baru-baru ni aku banyak lepak dengan kawan sekongkol aku,si angah.Tiba-tiba aku jadi rindu lebih dengan dia pula.Ada satu malam tu memang layan habis,lepak tepi pantai sambil tengok mamat mana entah melukis potret tepi jalan.Yang aku tahu,malam tu juga si angah tukar cita-cita nak jadi pelukis jalanan -_-

Lepas tu,aku baru perasan kat sini(Kuala Terengganu lah,takkan Seoul atau Bandung atau Paris pulak) banyak sangat kopitiam.Bersepah-sepah.Terbaru Killiney Kopitiam.Lawa kedai dia.Deco cantik.Tapi....Bosan lah .Cuba lah bukak club satu.Boleh aku tengok orang kelabing dan sepak kaki orang tengah shuffle.Bolehlah lagi ramai gadis mekap tebal-tebal pakai baju beli di blogshop dan pose mulut macam Vanessa Hudgen dan kemudian upload gambar di FB banyak-banyak.

Baiklah,patut mencuba untuk tidur.Sebab kalau tak cukup tidur biasanya memang sah siangnya nanti bakal bertukar menjadi gangster misai bergulung(tiba-tiba teringat iklan Nona tunjuk bini sikat misai laki dia.romantisa kalian.bulu hidung masuk dalam pakej sekali tak?).

Aku lapar sake maki & ubi rebus & kopi.Sekian.

P.S Piala Malaysia: Nanti team mane yang menang,tu lah team yang aku sokong dalam diam.Faham?

P.P.S Sorry.Orang sikat misai laki dia sebenarnya agak sweet juga.Rasa bersalah pula aku kutuk orang tua.

Minggu, 01 November 2009

Ironi betul.

Hari Jumaat lepas kenduri tahlil arwah dekat rumah cik,mak abah.Alhamdulillah,ramai orang datang dan semua berjalan dengan lancar walaupun pinggang aku hampir patah sebab angkat tong nasi yang sangat berat.

Dan seperti biasa aku masih dalam keadaan separa sedar.Susah nak percaya yang aku sedang menguruskan kenduri tahlil arwah umi.Rasa macam baru semalam aku pergi kenduri tahlil dengan umi.Sama-sama bacakan Yassin.Sekarang,aku pula yang membaca Yassin untuk umi.

Ironi.

Dan juga,masa tengah sibuk di dapur ada 3,4 orang makcik-makcik yang tersalah panggil aku dengan nama arwah umi.

Aku cuma mampu senyum kelat.

Tak apa.I guess I'm "umi".Muka,jiwa,hati dan perasaan kami;semuanya hampir sama.

***

I'm super excited.

Mahu ke Ipoh dan Melaka meronggeng bersama Nisha.

Yeah,we're absolutely gonna eat kacang pagoda while lepaking at the jetty while thinking our future while looking at the sea while laughing our a$$ out loud.

***

Dah sampai masanya kot.

Kena fikir balik soal study.

Nak ambil course business mungkin.Argh tapi dekat mana?

Haih,rindunya nak study balik.(Macam tak percaya diri sendiri taip ni)


***

1)
Aku:Tak tahulah nak study balik ke tak.Nanti mesti lagi sedih.Selalu zaman study dulu,mesti duk sms-sms dengan umi.
Abah:Abah kan ada.Sms lah dengan abah.

2)
Abah:Ida,minum susu segar.
Aku:Kenapa?
Abah:Bagus untuk tulang.

I love u,Abah :)

Senin, 26 Oktober 2009

Gee Gee Geeee




Kalau aku jadi lelaki pun rambang mata nak pilih mana satu barang panas alias hot stuff.

Sekarang inilah obsesi aku.Korea,Korea,Korea dan Korea.Channel KBS World sentiasa terpasang di kaca TV sampai abah naik tension.

Sebenarnya obsesi dengan apa sekali pun ada musimnya pada aku.Always ada love-hate relationship lah.Sekejap suka lepas itu bosan.Lepas tu suka balik.Tak tetap pendirian betul.Sekarang tengah gila Korea balik.Esok gila ape belum tahu..?

Ha yang di atas sana tu kumpulan Girls' Generation alias So Nyeo Shi Dae(SNSD).Super comel semuanya kan?

Ayuh ayuh menari pakai seluar tidur dan baju tulis "Bandung Tempo Dulu" (ini baju favoritas aku btw) sambil memasang lagu mereka.Untuk latihan,sila tekan play pada vid clip yang aku sediakan di atas.

Lebih enak kalau tarian anda itu disertakan sekali dengan sesi memakan bebola ketam cicah sos cili.

Oh..I'm so gonna do that.. life is too short afterall,jadi ayuh nikmati setiap saat yang terpinjam !

(Hidung kembang-kuncup sebab sangat teruja dan penuh aura positif dalam hidup)