04/08/2011

Kampung saya ada kawan baik.

Aku paling tak mengerti:

Kenapa taip pasar ramadhan jadi PARAM?
Kenapa murtabak yang harganya cuma kurang 50 sen berbeza benar kesedapannya?

Tiba-tiba teringat kenangan 3-4 tahun lepas sewaktu balik beraya di kampung umi,Gong Limau,Kemaman dekat Terengganu.Oh.Sebelum kita pergi lebih jauh, baik aku ingatkan, cerita yang mahu aku kisahkan ini memang LANGSUNG tak ada kaitan dengan 'param' dan murtabak-murah-50sen.

Ok.Aktiviti main bunga api dan mercun memang semua orang pun suka termasuklah insan jujur seperti aku.Kami (aku dan sepupu-sepapak yang rata-ratanya berusia 10 tahun muda daripada aku) bermain dengan riangnya sehingga ada bunyi suara,"Dah tua macam ni pun main bunga api??".

Aku tak rasa malu sangat sebab memikirkan kata-kata itu datang daripada seorang yang agak tiga suku (secara amnya dia memang kurang waras,dia pernah masuk hospital).Tapi sekarang aku rasa malu sebab sebenarnya walaupun dia macam tu pun,dia ingat nama aku,nama abah aku,adik-adik aku apatah lagi umi aku.Dia ingat semuanya.Heck,dia pernah remind aku untuk alihkan kereta takut-takut malam tu hujan nanti kereta aku banjir.Orang tak betul mana yang baik dan sebenarnya ingat semua menda?

Moral cerita ni,satu je.Aku rindu nak balik kampung aku.

1 comment:

Anonymous said...

mengapa tidak:)