23/03/2010

On Suju and anonymous.





Super Junior show live in Malaysia.

Yes!!I was there,di dalam kalangan ramai umat manusia di situ.Bersama kawan-kawan yang sangat lucu dan seorang adik lelaki yang super blur(kadang-kadang).

Alhamdulillah,everything went well :) Terima kasih kepada semua orang yang banyak tolong;)

Oh ya,btw,I noticed someone bagi komen dekat my previous entry.Thanks ya.Eventhough I feel sangat lah kurang faham dengan your point of view.

"TO BE A MOTHER AND A SISTER"

Kenyataan yang aku beri tu bukan bermakna aku nak ganti umi completely.Umi cuma ada satu,dan takkan pernah terganti.Itu satu yang hakiki.

Apa yang aku cuba maksudkan dalam ayat tu,cuma,"bukan senang nak jadi kakak dan cuba jadi mak dalam masa yang sama."

Umi pergi waktu adik aku yang seorang tu 18 tahun dan seorang lagi 13 tahun.Aku masa 18 tahun tengah duk bermanja-manja lagi dengan umi bila setiap kali cuti sem.Apatah lagi kalau masa umur 13 tahun.Tengah duk menangis sambil peluk umi lagi bila kena marah dengan abah atau hadapi bad day dekat sekolah.

Tapi 2 orang adik aku tak boleh dah nak rasakan semua pengalaman tu lagi.

Mungkin ini bakal kedengaran agak melawan kenyataan,tapi aku tak suka melihat adik-adik aku membesar dengan perasaan yang kosong dan lack of love.Diaorang deserved untuk dapat kasih sayang sama macam pernah aku dapat dulu.

Jadinya aku kena cuba yang terbaik untuk ganti kasih sayang seorang ibu untuk diaorang.Tapi sesetengah masa tu aku rasa I just failed to do so.Sebab apa?Maybe sebab aku baru 23 tahun yang masih banyak clueless lagi hal macam ni.

Banyak kali tiba-tiba adik aku yang 13 tahun tu datang melepak tepi aku tunjuk muka blur lepas tu nangis.Bila tanya kata gaduh dengan kawan kat sekolah,tapi takkanlah sebab tu dia nangis?Macam tu jugak dengan adik yang 18 tahun tu.Selalu je termenung melepak dalam bilik.

No matter how hard I tried,dalam hal yang macam ni,aku mulai rasa sangat lemah tak tahu nak buat apa except pamper them with a hug and a kiss sebab aku tau hakikatnya dia menangis bukan sebab gaduh dengan kawan tapi sebab rindu dengan arwah umi.Atau hakikat bahawa adik yang termenung atas katil bukan sebab masalah college tapi sebenarnya tengah rindukan arwah sebab dulu masa arwah umi masih ada arwah suka lepak sekali dengan dia atas katil tanya macam mana hari yang dilalui.

Aku tengah cuba nak jadi kakak yang kononnya super cool,like u can share with me your interest in music,love,life etc but at the same time I kena cater semua ke"kosong" an yang wujud lepas umi pergi, padahal kasih sayang aku takkan pernah sama macam kasih sayang umi sendiri.Kesian sangat dekat adik-adik.Tang situ memang sangatlah luka di hati ni wei....

So that's my explanation :) Better leave your name selepas ni so that I tau sapa u yang sebenarnya so I boleh faham kenapa fikiran u macam tu dengan kenyataan I tu.Sebab kawan aku sekarang yang betul kenal dan tau macam mana situasi aku terakhir ni won't judge me that way.

Haaah.Sebenarnya dah malas tau nak membebel panjang macam ni dekat sini.Dah rasa tak se'ghairah' macam dulu lah nak tulis panjang-panjang.

No comments: