05/02/2010

Mellow,seperti biasa.

Hello My Journal,

Ada banyak hal terkumpul dalam kepala otak sekarang ini.Sekarang tengah cuba untuk leraikan satu demi satu.

1.Semalam hari kanser sedunia.Take note:4th February is the official world cancer day.Tahun ni,tema untuk hari kanser sedunia lebih mengarah kepada langkah pencengahan started from tobacco use,less alcohol assumption,vaccination n etc.More info boleh didapati di sini saja.

So semalam aku pun rajinlah tangan tulis status kat FB pasal hari kanser ni.Tak sangka lepas tu ada seorang pesakit kanser komen.Terharu.Sebab dapat feedback daripada the right person,u know..the right person sebab dia yang mengalami sendiri.

Paling terharu,sebab umur dia lebih kurang je dengan arwah umi.Gaya ambil gambar pun macam sama je dengan arwah umi.

Hidup ni misteri dan aneh.

2."Kadang-kadang ,sayang..sakit tu tak boleh diubat dengan ubat yang kita ambil kat klinik tu.Kegembiraan yang dibagi oleh orang yg kita sayang dah boleh buat kita sembuh dr sakit.Ingat tu.."

Terkena tepat di dada.

Lama aku diam lepas tu.Rasa macam air mata mahu mengalir(biasa,drama queen..).

Hidup ni terlalu singkat.Terlalu singkat untuk jadi pembenci dan pemarah.

Mahu jadi diri yang baru,yang lebih menghargai dan bersyukur atas segalanya yang Dia berikan.

Mahu mengasihi semua yang di sekeliling.Setiap hari bilang "Saya sayang kamu,adik,saya sayang kamu,abah,saya saya kamu,kawan"

Hidup ni tak tahu akan berakhir bila:(

3.I miss the moments;bangun pagi,bukak langsir dan pandang bukit yang menghijau daripada jendela.Rindukan bilik aku yang lama.Rindukan rumah lama.Rindu semua kenangan kat situ.

***
Senang cerita,

Malam ini,adalah malam yang sangat mellow untuk aku.

1 comment:

Anonymous said...

saya pn..rindukn kenangan lama..