
Dear My Journal,
Sedar tak sedar dah pertengahan bulan Januari pun.Nanti pejam,celik,pejam,celik dah bulan Disember,lepas tu masuk tahun 2011 pulak.Haih,masa memang berlalu dengan begitu cepat sekarang.Suka atau tak,itu kenyataannya.
Macam tahun-tahun yang sudah,aku tak pernah beria-ria pasang azam pun pada awal tahun ni.Sebabnya,aku memang sentiasa pasang azam sepanjang tahun,bukan di awal tahun saja.Setiap masa aku mengharapkan something better for me,for everyone around me;keluarga dan kawan-kawan.
Lagipun untuk keadaan aku,ada pengecualian sikit.Aku ingin sangat bermula semula,nak sangat hidup yang baru,bukan di awal tahun,tapi sebaik saja umi meninggal dunia.I just feel like that was my turning point to be a new me,a better me mungkin.
Tapi setakat ni,aku rasa macam aku di fasa yang sama.Masih lagi tak ada yang baru.Tahik,aku benci perasaan begini.Sudah 4 bulan umi pergi.But still here I am,doing nothing.Sedangkan umur makin meningkat tua.
23 bai,23..!!
Damn it.
Now that I mention the number---23,aku makin emosi adalah.Bukan benci perasaan jadi tua,tapi benci dengan tanggungjawab yang datang dengan umur.Umur 23 tahun,dalam angan-angan aku dulu,aku tengah sibuk belajar kejar degree dan umur 24 atau 25 tahun mungkin dah bekerja.
I wanna be somebody,not nobody.Haishhh do ya geddit geeeedddittt?
Somebody;yang ada kerja tetap(yang mungkin aku suka atau tak but hey siapa je yang suka dengan kerja dia?),yang boleh simpan duit untuk beli rumah sendiri atau at least apartment sendiri,yang lepak dengan kawan-kawan lama dekat kafe lawa,yang beli cd original,yang boleh beli kucing parsi pakai duit sendiri,yang boleh sekali-sekala shopping baju kat tempat branded,blablabla.
Okay ini semua khayalan merapu.
Tapi adalah sikit yang kat dalam ayat ni memang cita-cita betul aku.
Haih.Aku dah lama sedar tentang hakikat yang satu ini;manusia mampu merancang but in the end Allah yang menentukan segalanya.Angan-angan aku agak lari.Dan sekarang 2 tahun terlambat dalam nak mendapatkan ijazah.
Tapi 2 tahun tu bukan sia-sia sebab aku dapat peluang jaga arwah umi.Dapat luang masa dengan umi.Allah memang tak pernah tak adil dengan umat dia.DIA hilangkan satu peluang,tapi DIA gantikan dengan peluang lain pula.
Tapi(masih ada istilah "tapi" sekali lagi) sampai sekarang aku rasa aku masih lagi rapuh untuk bermula semula.Reti mengeluh dan merancang saja.Cakap dan cakap dan cakap saja.Tapi habuk pun tak ada.Sampai bila ni Farah?
Kalau umi masih ada,aku mungkin takkan jadi macam ni.Aku nak umi bagitahu aku yang aku boleh sambung belajar balik,jangan banyak risaukan hal lain.
Sebenarnya aku boleh je lupakan semua hal,tak payah risau sangat.Adik aku dah besar berjanggut dah.Seorang 19 tahun,seorang lagi form 1.Dah memang cukup besar untuk jaga diri sendiri,dah tahu beza mana yang baik dan buruk.
Aku menggunakan alasan yang sangat pathetic dan lame,iaitu risaukan adik aku yang sekarang tengah membesar tanpa kasih sayang ibu.
Padahal sebenarnya,aku malas.Aku still tak rasa motivated lagi nak study balik.Cita-cita memang ada.TAPI TAK PERNAH RASA TERUJA betul-betul.Hari ni cakap nak study,hari esok dah tukar cakap nak lepak teman adik-adik kat rumah je padahal lepas tu rasa bosan duduk di rumah seharian tanpa buat apa-apa kecuali menonton tv dan tidur dan ya,tugas surirumah yang lain;pergi beli barang dapur dan ambil adik balik kelas.
Apa kena dengan aku?
Nisha pernah cakap maybe selepas hampir 2 tahun menjaga arwah umi,aku still depressed.Memang ada penyakit kemurungan menjaga pesakit.Apa kau fikir senang ke?Semua tu melibatkan perasaan dan hati.Beribu kali aku lawan perasaan.Jangan pernah menangis depan umi bila tengok arwah umi menderita lawan sakit kanser.Kena pamer muka senyum padahal hati menangis rabak.Semua tu menyakitkan sebenarnya.Kena berlakon kuat.Lama-lama jadi depresi dan lemah.
Cakap Nisha ada betulnya.
Tapi aku kan dah besar,patut tahu lah nak handle macam mana kan kan kan?
Malasnya nak fikir...
Alah,kalau tangguh fikir 2,3 bulan lagi tak apa kan.
TENGOK,HERE I GO AGAIN.Tukar fikiran lagi.HAIH.TAHI TAHI TAHI.
Mungkin ini semua ambil masa.Harapnya macam tulah.BTW,aku dah apply UPU.Apply untuk uni dalam Kuala Terengganu je.Sebenarnya dalam hati punyalah bosan duduk memerap di KT yang tak ada apa-apa ni.Haih.
1 comment:
hi farah. ni mahirah. tak sure kamu maseh ingat saya atau tak. lame juga tak singgah ke blog kamu nie.
gud luck dgn kpu. doakan semoga dpt apa yg dikehendaki.
take care.
Post a Comment