07/12/2009

Zaman ais.

Wow,dah 7 Disember?Ertinya kurang lebih lagi 24 hari untuk tahun ini bakal berakhir dan 2010 pula bakal menyusul.

Well,MR.2010,pleaaaaseee bless us all with the balance of happiness and sadness.

Eniwei,as usual,I've no plan for new year's eve.I just don't really get the idea of celebrating that so-called special night.Malam-malam tahun baru yang sebelum ini adalah malam yang sama seperti malam yang lain untuk aku.(Rujuk:berapa kali perkataan malam wujud dalam sebaris ayat ini.)

Okay,keluar daripada zon menutup malu sebagai orang yang paling tak sosial di atas muka bumi ini,kembali ke alam nyata.

Urm..apa ya....?

Oh iya!

AKHIRNYA,

Dunia ais kembali menyapa di bumi Kuala Terengganu ini.Rasanya hampir sebulan lebih ais di-banned di semua kedai makan.Kilang membuat ais semua ditutup buat sementara waktu.Yang ada di kedai makan cuma lah air panas.

Pada yang tak tahu,tindakan maha aneh ini terpaksa dilaksanakan kerana wabak taun yang melanda di kawasan sini.Beratus-ratus umat manusia tak berdosa yang terkena penyakit pelik ini."Pelik" pada aku sebab aku tak begitu arif tentang simptom dan bahayanya penyakit taun ini jika tak dirawat.Yeah,maafkan ignorant sejati ini.Sila pergi ke GOOGLE dan taip saja TAUN kalau mahu lebih faham ok?

Setelah dikaji dan ditilik dan dintip dan ditebak secara professional,ternyata wabak ini mengganas gara-gara kiub ais yang tercemar.Jadinya sekarang ini,semua kilang membuat ais semua sentiasa dipantau (mungkin lah..) dan kiub aisnya sudah di make sure baik untuk kesihatan,makanya encik kiub ais yang dirindui oleh kita semua sudah kembali,FOR GOOD.

Syukur alhamdulillah,hidup aku dan rakyat bumi Kuala Terengganu lain yang nyaris mati tanpa minuman berais kini sudah kembali ceria dan berwarna-warni.

Dear ICE CUBES,we miss u.WE REALLY MISS U.PLEASE ,don't ever leave us again.

2 comments:

Mince4AM said...

haha, sbenornya molek gok x minum ais.. tapi tadi saya dah minum kat kedai kahkahkah

Farah W. said...

ecece padahal dia pun sebenornya dokleh kalau takdok air batu!