12/12/2009

Ayam oh ayam.

Hari ini berita di suratkhabar memang sedih.Tentang sepasang suami isteri yang baru saja 4 jam akad nikah,langsung pengantin lelakinya meninggal dunia dalam perjalanan mahu pulang ke rumah.

Tak mahu berbunyi begitu cliche di sini,tapi sekali lagi,I was amazed how the fate twisted our life,even in a blink of eye;Sesuatu yang indah bisa bertukar menjadi tragik dan ironik.

And in my state of mind and situation right now,secara perlahan-lahan mengertikan keseluruhan cerita dunia ini.

***

Semalam,hari Jumaat.Hari ke pasar.Ya,kalau dalam family aku memang begitu.Hari Jumaat=Hari ke pasar.Hari ke pasar=Hari Jumaat.

Waktu itu,sedang menunggu ayam dipotong oleh pakcik penjual ayam.

Dam dum dam dum...bunyi mercun eh kenapa pergi nyanyi lagu raya pula.Gedegang gedegung gedegang gedegung bunyi ayam dipotong dengan begitu laju dan bergaya.

BBBBBagaimana dia memotong berekor-ekor ayam dengan begitu berhati-hati tetapi begitu pantas?(Menjadi gagap sebab begitu kagum)

Cuba saja kalau aku meniru skil memotong ayam itu di rumah,masuk ayam yang ke 2-ekor,5 batang jari-yang-tak-berapa-runcing ni pastinya sudah kudung.

Dan tanpa bolak-balik lagi serta setelah memikirkan segala musibah,nasibah,bah,dan segala macam hal kebaikan dan keburukan lainlah;aku dengan ini menyatakan bahawasanya pada waktu kecil dahalukala--aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penjual dan pemotong ayam.

YA,itu merupakan salah satu CITA-CITAKU sewaktu aku sekolah rendah.(Menolak cita-cita tipikal kanak-kanak lain;ya..doktor,peguam,askar,polis.)

Setiap kali hari Jumaat tiba,aku bangun pagi dengan perasaan yang begitu teruja untuk ke pasar bersama arwah umi dan abah.

I didn't care about the breakfast,eventhough the nasi air or mee sup di pasar kedai payang begitu menyelerakan.

Sayuran,rempah-ratus segala macam..Apakah ini.

Hati ku menjerit-jerit--Cepatlah ke pakcik penjual ayam!

Setelah arwah umi membeli kesemua keperluan untuk setahun akan datang,(aku assume begitu sebab arwah membeli banyak sangat) akhirnya kami ke bahagian ayam juga.

Ya.Pakcik itu,memotong ayam dengan laju.Aku perhatikan setiap langkah dia.Kalau di dalam filem arahan aku,pastinya scene sewaktu pakcik memotong ayam ini,akan aku edit menjadi slow-mo.Biar kelihatan lebih cool saja.

Pulang ke rumah,aku terus ambil mainan kecil seperti teddy bear dan kemudiannya membuat gaya seperti sedang memotong ayam dengan begitu laju.

Akhir sekali membungkus teddy bear yang sudah jadi encik ayam dalam cerita ini ke dalam plastik sambil cakap kepada imaginary friend aku,"Ayam ni,30 ya semuenye..."(Translation:Ayam ni,RM30 semuanya..)

(Arwah umi dan abah cuma mampu melihat semua ini dengan tenang dan berharap anak sulung mereka akan menjadi lebih berwawasan di masa depannya).

Ya.Begitu bersungguh-sungguh aku mendalami cita-citaku sewaktu kecil dulu.

Sampai ke hari ini,rasa kagum terhadap seorang pemotong ayam masih menebal pada diriku ini.Eventhough progress aku untuk mencapai cita-citaku nan satu ini tiada langsung,siapa tahu saja...satu hari nanti..

U never walk alone...

Eh.Bukan.

U'll never know..

No comments: