21/11/2009

Sekali-sekala.

Gula dan hormon gembira sedang menakhluki badan aku ini.Sebab?


Aku akhirnya kembali ke Melaka selepas dekat setahun tak balik ke sana.Packed all my shits stuffs at the house and say my last goodbye to the exhousemates.And of coz to MMU too-__- Wait a minute,that wasn't suppose to be my happy moment but at least aku bersyukur sebab dapat ketemu semula dengan baju dan buku-buku yang sudah lama terdampar tertinggal di Melaka.

Seterusnya melepak dengan two bestest persons in the world;Nisha & Fiqa(U know I'm not being sincere here.Sila belanja asam laksa kat Jonker & 10 hours of karaoke-ing kt GOGO KTV on our next trip.Yes,I promise there will be ANOTHER TRIP :D )

Melaka-Kuala Kangsar-Taiping-Ipoh.

Oh meng.Orang yang emo macam aku ini boleh jadi orang yang agak fun juga bila dapat bercuti.

BTW,aku nak tulis beberapa momen semasa percutian yang takkan dilupakan untuk sepanjang beberapa dekad yang akan datang.

1)Tersalah naik escalator dekat airport.Escalator yang kat situ jenis yang gerak hanya bila ada orang nak naik.So yeah,there I was;pagi buta,rushing to check in,with my large bag(poyo-padahal cuti 5 hari saja),peluh-peluh renek mulai membasahi dahi dan berjalan pada kadar yang pantas untuk naik ke atas untuk check in and shits.

Dalam 2,3 saat itu,saat kaki ku baru saja nak menapak ke atas escalator itu baru tersadar yang escalator itu untuk turun ke bawah,bukannya ke atas!

Percuma saja diketawakan oleh dua pakcik polis yang kebetulan mau naik ke tingkat atas juga tapi bedanya mereka berada di escalator yang benar.

D-A-M-N!

2)Buat apa sekali pun jangan putus asa.JANGAN PERNAH PUTUS ASA.Yeah ini terbukti apabila aku,Nisha dan Fiqa yang sedang berusaha keras mencari tempat karaoke di jetty yang kononnya sangat macam best di Melaka itu.Hampir separuh jalan tak jumpa lagi tempat karaokenya.

Tapi sebab berpegang teguh kepada "jangan putus asa" makanya kami meneruskan perjalanan dan taraa bertemu yang dicari.

Jangan ditanya macam mana aksi kami bertiga semasa berkaraoke.Censored kot.Dan yang pasti 2 jam memang tak cukup.Beria-ria nak tambah masa tapi oh meng, bilik tu dah ada berduyun-duyun manusia book untuk beberapa jam seterusnya.

Cis!Cis!Cis!

3)Bertemu semula manager di tempat kerja sambilan dulu.Lepak di tempat kerja tu semula.Teringat zaman-zaman di mana bau ayam panggang,sup dan garlic bread adalah perfurme asli tubuhku.

4)Sebenarnya banyak sangat menda yang aku ingat tapi lagi banyak perasaan malas nak menaip.Last part terus lah ok?Paling thrill rasanya.

T-H-R-I-L-L-E-R.

Tunggu bas untuk pulang.Kuala Kangsar-Kuala Terengganu.

Bas dah lewat setengah jam.Badan dah super penat.Mata dah kuyu gila,mengantuk.Bas belum juga sampai.

Tiba-tiba,auntie penjaga kaunter tiket bas berteriak cemas,

"sapa naik bas Terengganu sini,sini!!"

Auntie tu suruh kita 4 orang yang nak naik bas ikut dia naik kereta dia.Hish mana nak culik kami?Culiklah mereka 3 orang je.Saya kurus,tak ada isi,organ badan semua confirm lemah tak berguna-__-

Nisha buat muka manusia paling tenang atas dunia dan membisik kata,"pergi je lah,tak ada apa".Kiranya macam scene seorang mak memujuk anaknya yang malas nak pergi tadika sebab ada budak gemuk suka buli dia.

Dengan perasaan yang gundah-gulana dan takut tak tahu kemana akan diheret oleh auntie itu di malam hari,aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada Nisha dan menaiki kereta itu dalam kepekatan malam.

"Auntie kita mahu pergi mana?"

Diam.

Aaaa.Sah nak kena culik aku ni.Menyesal tak bawak pisau lipat ke gunting kertas ke bawang ke apa saja lah senjata dalam beg.

Belum sempat aku mendail talian 999,akhirnya auntie berhenti dan rupa-rupanya kami dibawa ke tol.Bas tunggu kami di situ rupa-rupanya!!


Oh my cirit!!

Mujur je tak tercirit di situ sebab terlalu geram.Kan senang kalau auntie tu explain daripada awal kat aku.Tak adalah lah gelabah lebih-lebih(Er..sebenarnya..did I ever tak menggelabah?)

Apa-apa pun aku selamat sampai selepas 13 jam di dalam bas.Gila kan?Tak apa yang penting I had a hell of fun :)

4 comments:

Mince4AM said...

lari dari Tengku....juh kat kampung sendiri ke?

Farah W. said...

tak.amik barang masa belajar dulu kt Melaka.

ini saya!! said...

1. haha ok so boleh imagine nisha cakap macsmtu!! :P

2. next trip anda adalah ke kuala kangsar sekali lagi for my sister's wedding on dec 11th! seriouslyyyy! ;)

Farah W. said...

rosse:

-hahahahahhaa memang lawak masa tu.nisha macam biasa seperti seorang ibu dan martha stewart:D

-wahhh saya juga dijemput???insyaAllah kalau tak ada hal,sampailah lagi saya di muka bumi KK tu.wah wwah siap KK lagi tu.heheh