24/08/2009

Kamera digital.

Lega.Bebas.Terbang semua rasa negatif.Agaknya,macam ni la rasanya kalau aku betul-betul potong rambut super pendek persis rambut Agyness Deyn yang dulu.Sangat-sangat bebas dan melegakan,malah mungkin kalau aku bisa terbang,aku mungkin dah lama sampai ke Honolulu,Hawaii. Entah atas dasar apa tapi yang nyatanya aku merasa sangat gelisah dan serabut setiap kali melihat entri-entri lama di blog ini.Dengan sekali tekan,terpadamlah semua tulisan dan kisah lama di blog ini.Bye bye,Blackbird.
Dan benar,Tuhan betul mengerti akan kegelisahan yang mengakar dalam jiwa rapuh aku.Coz,as I’m writing this,the rain is pouring.Aku suka.Aku suka.Aku suka.Aku suka.Aku suka hujan.Aku suka kesejukan yang diberinya kepada bumi.Aku suka akan lopak-lopak air yang bakal tertinggal selepas turunnya hujan.Aku suka akan the fact that selepas ni aku akan berbaring berselimut di atas tilam dalam sejuknya hujan.Aku suka hujan dan misteri yang dibawanya.Terima kasih Tuhan.(Dan ya,aku juga suka band Hujan.Dah tonton klip video Mencari Konklusi?Ada Scha Al Yahya,cantik betul dia tu.)
Oh tadinya,aku baru saja browse file gambar di lokasi D laptopku.Ya Tuhan.Now I know how vain I am.Aku rasa hampir 100000,100001 keping gambar aku sendiri daripada pelbagai angle yang berlainan.Gambar orang-orang kesayangan aku atau teman-teman atau siapa sajalah yang dekat sama aku?Terlalu sedikit jika dibandingkan.
Kenapa ya,saat kita bersama dengan orang yang kita sayang,kita(okay baiklah,bukan "kita".tapi "aku") aku jarang cuba mengabadikan saat-saat priceless itu dalam gambar?
Contoh paling dekat,waktu aku dan umi lagi di hospital sampai hampir 2 bulan.Aku hargai mereka semua yang dikenali di sana.Setiap hari pun aku cakap dengan diri sendiri,”yeah kena motret ni.nanti takkan bakal lupa wajah mereka semua”.
And guess what?Sudah keluar hospital,pakai menangis pelukan segala dan ya ,aku tak ambil walau sekeping pun gambar mereka.
Tapi lama-lama fikir,aku tau.Aku tau.Aku mungkin tak ambil gambar mereka semua pakai kamera digital Sony,Canon atau apa jenis jenama sajalah.Tapi aku ambil gambar mereka semua pakai kamera digital milik otakku dan aku simpan kemas wajah mereka semua dalam minda dan hati aku.
Kamera atau sebarang alatan pacuan elektronik bisa membuang segala imaji yang tersimpan.Tapi tidak kamera digital milik otak seorang manusia.Sekali mengambil gambar dan menyimpan,selamanya mengingati.Sekali mengingati,selamanya mengenang.
And for that,I feel relief to tolerate my vainness and 100000,1000001 of self-picture in my D folder.

No comments: