
Dalam impian aku,aku mahukan rumah begini.
Aku tinggal seorang di rumah itu.
Dalam rumah itu,semua hiasannya simple.Setiap pagi sebelum ke tempat kerja,aku akan buka-in langsir di jendela,membiarkan cahaya pagi menerangi sekeliling rumah.Aku ingin tinggal menikmati suasana itu,tapi aku harus pergi kerja.
Aku tak suka.
Aku menunggu hari minggu.
Dan hari minggu pun tiba.Pagi lagi aku sudah terbangun sebab Bobo,kucing milikku datang menyondol manja di kakiku.Aku pun bingkas bangun dan membuka langsir di jendela.Cahaya matahari mulai menerangi rumah.Cantik.Indah.Tak terlalu cerah dan tak juga terlalu gelap.
Aku ke dapur dan membancuh Milo panas.Pagi hujung minggu itu aku habiskan dengan minum air Milo sambil membaca majalah dan buku puisi Chairil Anwar yang aku beli saat usiaku 22 tahun.
Kerana terlalu asyik membaca,lama-lama kelamaan aku mulai mengantuk.Tapi aku belum mahu tidur semula.Lantas aku ke jendela.Melihat suasana di luar;kedai runcit yang menjual rempah di seberang jalan sana.Toko buku lama yang nampaknya sunyi saja tanpa pelanggan.Oh,ada juga sebuah kereta Mini yang parkir di bawah sana.Comel.
Aku termenung dan hanyut alam suasana itu.It feels reaaaally good untuk duduk lepak begini,tanpa ada sebarang perasaan 'berat' membebani minda.
Lepas tu,aku goreng sosej sama telur.Perut pun tak terlalu lapar.Aku nikmati lunch gaya orang bujang itu sambil menonton sinetron di TV.Aduh,kenapa ya masih wajah Anjasmara juga yang ada di kaca TV?
Usai petang itu,aku mulai rasa mengantuk semula.Terbaring di atas katil sambil Bobo juga aku letakkan di sisiku.Aku biarkan saja lagu di laptop,main ulang kali.Lagu Melly Goeslaw yang juga soundtrack Ada Apa Dengan Cinta.Judulnya,Bimbang.
"Pejamkan mata bila,ku ingin bernafas lega.."
10 minit kemudian,aku terlelap.Bobo juga.Life feels really good this way.Really good.
Aku sayangkan rumah ku.Aku sukakan JENDELA yang ada.Aku sayangkan kucingku.I'll stay here forever and ever.
Malangnya,hidup tak semudah ini.Dan juga takkan selalu jadi seindah begini.Bangun dan hadapi dunia nyata.Kerana walau seribu kali pun kau mengedipkan mata;Ya,dunia masih sama.
Aku sayangkan rumah ku.Aku sukakan JENDELA yang ada.Aku sayangkan kucingku.I'll stay here forever and ever.
Malangnya,hidup tak semudah ini.Dan juga takkan selalu jadi seindah begini.Bangun dan hadapi dunia nyata.Kerana walau seribu kali pun kau mengedipkan mata;Ya,dunia masih sama.
No comments:
Post a Comment